Tuesday, April 16, 2013

Da'wah.


Assalamu'alaikum..

Be sincere and have a manner in spreading da'wah. 


      Alhmdulillah, nowadays, there are many commoner and even artists decided to change for the better. From wearing mini skirts, they decided to wear long, thick skirts. From weearing tight shirt, they choose to wear loose and long shirt. From not wearing hijab, they choose to wear hijab.

     Along with the changes, many people want to spread da'wah to their friends. Now, here is the problem. There are many ways in spreading da'wah. And sometimes, while you are spreading da'wah, you hurt your friend heart. It could be by accident, not realizing  and not knowing, you are mocking and lowering the poeple who doesn't cover their aurah.

       For example, lets say I post this in my Facebook wall :
                 'Feeling like going clubbing today.'

Now, a bad friend would suggest the best club their know.

     A friend will start their da'wah action. Typing a long advice, inserting some hadith they found in the Google, mocking me, lowering my dignity, threatening me with the Hellfire and stuff in the comment area. Which mean it will be public. People who are friend with me can read all the stuff they said. And it's possible, people start to make accusations, think of me in a bad way and stuff.

      A good friend will come directly to me using texting. Or perhaps call me, inbox my Facebook. This way, it will be private. We can debate about stuff, voice our opinion freely without the risk of being embarass that people will read our conversations.

        And of course, a true friend will know I am joking, haha.

       There is so many way in spreading da'wah and preaching. But fot a better effect, why don't we use the soft way? Keep in touch with them, advise them in private. Try our best not to hurt their feeling. Cause we don't know what they have been through. And there is a chance, they don't know almost anything about Islam. We are not in their shoes.

        By hurting their heart and judging them from our eyes, perhaps, we also made a sins.  And there is nothing good we can make by hurting them. Who knows, our actions might make their heart hardened to accept Islam as the way of life. Wallahu'alam.

So people, be nice. And spread da'wah with a smile! :)  

"Barang siap yang menunjuk kepada kebaikan, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya."
-HR Muslim, no 1893-


-Shah Sahaja-
16/04/2013 

Monday, April 15, 2013

Jahil. Bodohkah kita?


Assalamu'alaikum..


Jahil? Apa maksudnya? Siapa yang jahil? 

Seperti gambar di atas, ayat ini di tuturkan oleh Imam Syafie.
Kita, kalau ada selisih faham dengan siap-siapa, dan kita berdebat. Kita kalah. Atau pihak satu lagi malas nak ambil pusing, maka dengan tanpa segan silu kita luahkan ayat ini.

Tahu kah kita apa maksud jahil yang sebenarnya? Atau kita cuma berkata demikian sebab kita rasa kita benar dan orang salah?

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, jahil mempunyai beberapa maksud :

 -  tidak mengetahui ajaran agama Islam 

 - cetek pengetahuannya

 - orang yang jahil dan tidak pula menyedari kejahilannya.

dan banyak lagi yang tak mampu di tulis kerana terlampau banyak.

Tapi kita lupa, dan barangkalai kita tidak tahu, jahil punya maksud yang lain dari sudut Islam itu sendiri.

Dalam dua buah Hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:

"Akan ada satu zaman di mana para ulamanya fasik dan 
para ahli ibadahnya jahil."


"Amal tanpa ilmu akan tertolak."


Kita akan fokus pada sabda Rasulullah SAW tentang amal tanpa ilmu akan tertolak dan ahli ibadah yang jahil.

Memang benar, orang yang beramal secara jahil, tanpa ilmu atau tanpa bersungguh-sungguh berusaha mempelajari ilmu khususnya ilmu-ilmu fardhu ain, maka amalannya akan tertolak. Banyak orang yang beranggapan bahawa yang dimaksud dengan jahil di sini adalah jahil dari sudut ilmu feqah atau syariat saja.

Contohnya, orang yang mengerjakan solat tidak faham cara taharah, berwuduk, gerakan-gerakan dan bacaan-bacaan solat dan lain-lain. Orang yang berpuasa tidak faham ilmu tentang puasa, rukun, sah batalnya dan sunat puasa. Atau orang yang mengerjakan haji tidak faham rukun, wajib dan sunat haji. 

Memang jahil dari sudut ilmu feqah adalah satu kesalahan yang tidak dibolehkan dalam Islam. 

Tetapi ada satu bentuk kejahilan yang lebih merbahaya dari jahil dari sudut ilmu feqah ini iaitu jahil tidak kenal Tuhan. Dosa jahil tidak kenal Tuhan ini lebih besar daripada dosa tidak mengerjakan solat.

Kenal Tuhan tidak sama dengan percaya pada Tuhan. Hari ini kalau kita tanya pada orang kafir sekalipun, apakah mereka tahu dan percaya adanya Tuhan, tentu mereka akan menjawab: kami tahu dan percaya Tuhan. Tetapi sebenarnya mereka tidak kenal Tuhan, tidak merasakan peranan Tuhan di dalam kehidupan seolah-olah Tuhan sudah tidak ada dalam kehidupan mereka. Pada perasaan mereka sama saja apakah Tuhan ada ataupun tidak ada.

Tuhan itu Maha Berkuasa, Menghidupkan, Mematikan, Menghukum, Mendengar, Melihat, Maha Besar, Maha Agung, Penyelamat, Penjaga, Pelindung, yang memberikan nikmat, yang menurunkan rahmat, dan memberikan nikmah, yang mewujudkan apa saja di dunia ini mahupun di akhirat. Tidak ada satu butir debu pun yang wujud tanpa pengetahuan Tuhan. Besarnya Kuasa Tuhan itu, bila Dia berkata jadi maka jadilah, Tuhan berkata wujud maka wujudlah, Tuhan berkata hidup maka hiduplah, Tuhan berkata mati maka matilah, Tuhan berkata sihat maka sihatlah, Tuhan berkata sakit maka sakitlah.

Itulah Dia Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan menciptakan manusia. Tidak cinta dan takutkah manusia dengan Tuhannya? Itupun baru sedikitkita melihat sifat-sifat yang ada pada Tuhan.

Kalau manusia ini hatinya sudah merasakan kehebatan Tuhan, barulah datang cinta dan takut pada Tuhan, barulah datang berbagai rasa bertuhan yang lain seperti rasa dilihat, diawasi, terasa kebesaran, keagungan dan kasih sayang Tuhan. Bila orang kenal Tuhan barulah jiwanya hidup semula. Bila dia akan berbuat hal yang paling kecil sekalipun dia akan berfikir dan bertanya pada Tuhan, apakah Tuhan suka atau tidak. Inilah ubat pertama kepada manusia. Inilah ubat pertama kepada penyakit-penyakit yang dicetuskan oleh manusia di dunia ini.

Sekarang, umat Islam mahupun bukan Islam, sudah tidak kenal Tuhan. Sekalipun percaya Tuhan, tapi Tuhan sudah hilang di hatinya. Orang yang tidak kenal Tuhan bukan saja di kalangan orang yang tidak ikut syariat, bahkan orang yang solat pun tidak kenal Tuhan. Walaupun mereka banyak di masjid, tapi sebenarnya tidak mencintai Tuhan. Buktinya akhlak dan peribadi mereka tidak berubah. Orang yang berhaji, banyak mengerjakan umrah dan ibadahibadah lain sudah tidak dikaitkan dengan Tuhan. Sebab itulah tidak lahir kasih sayang, tidak lahir pemurah, kerjasama, bermaaf-maafan. Akhirnya di dalam masjid pun terjadi pertengkaran dan perkelahian kerana memperebutkan jawatan dan dunia.

Kalau orang yang tidak kenal dan sayang Tuhan itu orang yang tidak ikut syariat, tidak mengerjakan solat, tidak membayar zakat atau tidak mengerjakan haji, masih dapat diterima. Tetapi apa yang terjadi, yang menjadi pembohong, memfitnah, menipu, menyeleweng adalah di kalangan mereka yang solat, naik haji, umrah, zakat dan lain-lain. Ibadahnya tidak berbuah. Itulah tandanya ikut Islam tetapi tidak kenal Tuhan. Bukan saja orang politik, bahkan orang yang solat pun sudah terpisah dengan Tuhan.

Tidak kenal Tuhan adalah satu musibah, kejahilan dan dosa yang besar. Dosa tidak kenal Tuhan lebih besar daripada dosa tidak mengerjakan solat. Tidak ada musibah dan kejahilan yang paling besar pada manusia melainkan musibah tidak kenal Tuhan. Kerana Rasulullah SAW sudah ingatkan bahawa awal-awal agama adalah mengenal Allah. Kalau kehilangan wang, kuasa dan lain lain, itu masalah yang kecil. Tapi bila manusia tidak kenal dan sudah kehilangan Tuhan, cinta Tuhan sudah tiada, maka itu adalah musibah yang besar.

Jadi kalau manusia tidak kenal Tuhan, tentu mereka tidak cinta dan tidak takut Tuhan, padahal Tuhan itu patut dicintai. Maka automatik mereka tidak cinta sesama manusia. Mana mungkin kita dapat mencintai orang lain, kalau dengan Tuhan yang sangat berjasa kepada kita pun tidak kita cintai. Tidak kenal Tuhan, manusia tidak akan takut pada Tuhan. Akibatnya mereka tidak merasa pengawasan ghaib dari Tuhan sehingga tidak takut untuk membuat maksiat dan kejahatan.

Kerana itu bila manusia jahil, tidak kenal, tidak cinta Tuhan, automatik cinta pada sesama manusia sudah tidak murni. Akibatnya manusia tidak berkasih sayang, tidak pemurah, tidak amanah, tidak ada timbang rasa, tidak ada perikemanusiaan, tidak ada keadilan dan tidak bekerjasama. Kalaupun ada kerjasama bukan kerana cinta, ia tidak ikhlas dan ada kepentingan, mungkin kerana ingin keuntungan ataupun untuk menjaga harga diri.

Dalam ayat di atas, tiada kajian lanjut mengenai jahil mana yang di maksudkan. Maka, janganlah kita dengan perasaan untuk menunjukkan bahawa kita benar, kita berkata begini kepada orang. Baik kawan mahupun lawan. Nanti, kita sudah memfitnah dia dengan memanggil dia jahil sudah satu dosa. Belum lagi dosa menghiris hati orang.

Daripada Abu Hubairah A’id bin Amru al-Muzanni dia adalah seorang daripada ahli Bai’ah ar-Ridhuan RA, bahawa Abu Sufian datang kepada Sulaiman, Suhaib, Bilal dan beberapa orang sahabat lagi lalu mereka berkata,”Pedang-pedang Allah belum selesai tugasnya mengambil musuh-musuh Allah”. Berkata Abu Bakar RA, inikah yang kamu katakan terhadap seorang kenamaan Quraisy dan penghulunya?” Lalu beliau mengadap Rasulullah SAW dan memberitahunya, maka nabi bersabda, “Wahai Abu Bakar boleh jadi engkau telah menyebabkan kemarahan mereka. Jika engkau telah menyebabkan mereka marah sesungguhnya engkau telah menyebabkan kemarahan tuhan kamu”. Maka Abu Bakar menemui mereka tadi dan berkata, “Wahai saudara-saudaraku, adakah aku telah menyebabkan kemarahan kamu?” Mereka berkata, “Tidak, semoga Allah mengampuni bagimu wahai saudaraku”.

#sumber : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jahil
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=40943
http://www.islam.gov.my/e-hadith/jangan-menyakiti-hati-sesama-muslim

Shah Sahaja
15/04/2013

Saturday, April 13, 2013

Education.

Assalamua'alaikum  :)

Here a bit information of my education background.

The first one of course would be my home itself.
Then came my kindergarten, Tadika Budi.
Next in the list was my lower middle school, Sekolah Kebangsaan Taman Uda (SKTU).
My higher school was Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah (SMKSB).
After my SPM exam, I pursue my diploma in Politeknik Jitra (Polimas) and majoring in Diploma In Programming.
Alhamdulillah, after I finish my diploma, I got an degree in Bachelor in Information Technology offer from International Islamic University Malaysia (IIUM).

So now, here I am. Tapping on the keyboard in my small little room in my Mahallah Shafiyyah, IIUM.  :)
We never know how and when or where we're gonna end up in the future aren't we?
Now, what would be my point in telling you my education history? Noting actually, haha. It's only for the introduction, hihi  ^_^

I has a friend. A very dear one. She was in the same class with me in my diploma level. We were close, more than friends, we are sibling. She's a very down to earth person and humble. She had a very little self-confidence in herself. She always said 'Aku tak bagus macam hang. Study pun tak pandai mana.' It seriously broke my heart hearing she said that. She said it so often that I actually think it has become her mind set to actually compared herself with others and putting herself at the bottom of the deep ocean.

Now you know where she at? University Malaysia Pahang (UMP), majoring in Software Engineering. That was a hell of major dude! It's a killer major cause all of  the subject are so tough and yet, she survived. And she is now in her final year, busy for her final project. 

From the moment we were born, we have nothing. We can't speak, we can't think and lots of other stuff which any baby can't do. Yet, by the time we grow up, we learn how to speak, we know how to giggle, smile and laugh at funny stuff. And the most hard part is, we learn how to walk with the help of our parents. And we believe in ourselves, we have faith that we can walk. We want to walk by ourselves.

That's how it goes with study, education. You got to believe in yourself. You gotta have faith in your heart. Your friends, your parents are there to help you, giving you all of their support. But ain't nothing gonna happen if you don't have the motivation to do it.

Back to zero, nothing will happen if you have no desire upon it.

We were born as idiots people, our effort change us into genius. Do not forget that. What matter is how much effort we put into it. 

“Barangsiapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu [agama] maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR. Muslim dari Abu Hurairahradhiyallahu’anhu)



Learning is fun, you just need to be creative about it.
-Shah Sahaja-
12/04/2013