Friday, September 13, 2013

From M to L and XL.

Assalamu'alaikum..

Nope. The topis is not about some sort of recipe how to gain your weight, how to increase your body size or what not, haha. 

Then what it is about? Read. Ahahaha.

Masa awal-awal belajar pakai tudung dulu, aku pakai tudung saiz M. Sebab apa? Panas. *tangan ke bahu, mata ke atas. But seriously though, untuk someone yang baru belajar pakai tudung, pakai tudung memang panas. Mana tak nya, suhu kat Malaysia ni rasa macam dok kat Gurun Sahara.

Bila dah lama, dah biasa dengan panas tuh. Bila panas pun, rasa macam sejuk je. Macam ada air-cond dalma tudung giteww, ahaha. Then I moved one step forward. I started to wear my tudung in L size. Seriously, masa awal-awal pakai, rasa macam aku ni dah layak masuk Ustazah Pilihan, ahaha. *bajet sangat. 

Tudung aku semua murah-murah je. Aku tak beli haa tudung kat Juma ke, butik Ariani ke butik apa ka. Tempat aku beli tudung adalah di pasar malam. Kalau tak pasar malam, pasar pagi, haha. Sebab apa? Murah. Aku mana ada duit. Yelah, takkan nak pakai tudung hitam je, nanti orang kata aku tengah berkabung pulak. Tudung beli banyak kaler, nak matching dengan baju. Baru nampak glamour sikit, haha. Tapi tu lah, satu kekurangan beli kat tempat macam ni, kualiti tuh kurang sikit. Tudung aku labuh, tapi kain nipis. Tak jarang okay? Tapi kain dia nipis.

Then tertarik nak pakai tudung labuh. Labuh yang labuh gila punya. Macam ustazah dok pakai tuh. Aku panggil tudung tuh, tudung cendawan. Murah rezeki aku, ada sorang kawan ni, dia nak buang tudung dia yang macam ustazah tuh. *aku lupa kenapa dia nak buang

Aku pun minta laa tudung tu dari dia. Nak try pakai dulu. Nak test dulu laa takut tak sesuai ke hapa ke kan? Dari aku habis duit beli sendiri, baik aku pakai je tudung kawan aku ni. Dah alang-alang dia pun tak nak pakai. Kawan aku pun bermurah hati laa bagi tudung dia kat aku. Moga Allah limpahkan rahmat dan murahkan rezeki kawan aku nih.  :)

Aku pun start pakai. Ya Allah, panasnya, Allah je yang tau. Berpeluh-peluh ni haa aku pakai tudung tuh. Rasa macam portable sauna giteww. My mom is so sweet and caring. She realized that the tudung is making me feel hot and sweaty. Dia kenalkan satu jenis tudung ni kat aku.

Aku pun try je laa. Beli buat tudung raya 2 helai, saiz XL. Yang penting, tutup aurat. Pakai tudung jenis apa pun tak kesah kan? Bila dah pakai, rasa seronok. Sebab apa? Sebab dia besttt, haha. Tudung ni tebal, tapi tebal yang sedap pakai. Dan yang paling best, tudung itu kita boleh campak dalam mesin basuh tanpa perlu pikir sama ada 'awning' dia akan patah. Sebab tudung ni takda awning. Haa, sesuai sangat laa dengan orang macam aku yang pemaleh ni. Ye dak? Haha. Plus, dia ada macam lapisan untuk tutup dagu kita. Tahukah anda bahawa DAGU KITA ADALAH AURAT? 

Kalau tataw, sekarang aku bagitau. Tudung tuh mahal sikit aaa. Sehelai rm 38.00. Hari tu sebelum balik UIA, aku beli lagi. Pergi dengan adik. Adik ambil 1, aku ambil 2. Kakak tuh baikk, dia bagi harga sehelai tudung rm30.00. Semoga Allah merahmati dan memurahkan rezeki akak.

Pernah sekali, aku dok bebel kat adik. Baju Muslimah mahal, tudung pun jual mahal. Aku yang baru nak belajar pakai baju labuh dengan tudung ni pun rasa macam down sikit sebab mahal oooiii. Adik aku diam kejap, kemudian dia kata

"Syurga itu mahal. Kalau kita nak masuk syurga, harga yang patut kita bayar haruslah mahal juga. Tak apa, Allah redha setiap duit kita yang habis demi nak beli baju dan tudung yang tutup aurat ni."

Debush! Haa, hamek kau. Adik aku cakap gitu kat aku. Adik okay? Bukan kakak aku. Malu kejap. Like seriously, lepas tuh aku tak complaint dah depan adik aku. Nak complaint pon, dalam hati je, haha.

Buat mereka di luar sana yang masih dalam proses berubah, ingat. Setiap wang kita, setiap titik peluh kita yang mengalir demi menjaga aurat kita, insya Allah, Allah redha. Dan ya, aku sangat rekemen tudung ni. Sebab apa? Sebab tudung ni tutup aurat yang kita tak ambil kisah sangat. Aurat apakah itu? Bukan rambut tapi dagu. :)

Para peniaga tudung di luar sana, jual laa tudung ni. Aku tataw la tempat lain senang nak cari ke tak, tapi kat Alor Setar, susah sangat. Aku beli ni kat Arked Empire, dekat Pekan Rabu. Cuma kedai ni yang jual tudung ni dengan banyak pilihan warna dan saiz. Kedai lain susah nak carik. Parking kat Arked Empire tu dah laa susah gileww, haha.

#Nah, aku ada tangkap gambar tudung aku in case orang yang baca entri ni tak dapat nak imagine tudung tuh cena. Yang dalam bulat tuh, yang anak panah tuh, tuh laa lapisan yang tutup dagu tuh. Simple kan? But still, it is nice. :)




-Shah Sahaja-

Tuesday, September 3, 2013

Baju Labuh aka Baju Muslimah.

Assalamu'alaikum..

One day, my friends and I went to some shopping mall. We were talking when she suddenly ask me thing I would never expect would come out from her mouth.

'Kenapa hang pakai baju labuh weh?'
"Eh? Apa maksud hang?"
'Hang nak berubah, aku paham. Pakai tudung bagai, tapi kenapa hang berubah sampai pakai baju labuh semua?'
"Hurmmmmm..."

Tak dinafikan, aku ambil masa lama nak jawab. Sebab aku pun tengah pikir
"A'ah laaa, macam mana aku boleh pakai baju labuh eh? Spoil image rock aku ni, haha."

But still in the end, my answer was 
"Aku masuk UIA, aku tengok banyak orang pakai baju labuh. Kawan-kawan kelas aku pun pakai baju labuh. Aku jadi malu sebab baju aku singkat dari baju depa. Lagi pun, baju labuh tutup aurat aku. Paha aku ni bukan kecik macam paha hang, aku pakai seluar besar pun, nampak fit lagi. 

Paling kurang, bila aku pakai baju labuh ni, tak nampak bentuk kaki aku. Nak pakai legging pun rilek sikit, haha."

Kalau betul niat kita nak berubah kerana Allah, pasti Allah akan beri jalan pada kita. Allah datangkan kita kawan-kawan yang baik, macam kawan aku di UIA. And instead of UITM, Allah beri aku UIA, supaya aku dapat dalami lagi ilmu agama.

Well, there's a lot of good things Allah have gave me. To list it out would take me writing the entry to death, haha. I am just grateful that I had been given the chance to walk in the true path. :)