Thursday, October 3, 2013

Sins.

Assalamu'alaikum.

*pause
*long sigh

Hari ini terasa sangat berdosa. Rasa bersalah yang melampau. Selalu kalau mencarut kat orang pun, tak terasa dosa sampai macam nih.
*okay, tak lawak.

Lepas buat salah, rasa seronok 5 saat. Lepas tuh rasa bersalah dan berdosa. Up till now, the guilt been haunting me. Confused over what to do, I call upon my best friend. Asking for her advice. Asking for her strength.

'Aku rasa berdosa laa weh. Bagi kata-kata semangat jap.'
"Berdosa? Hang buat apa? Aku dah suspens dah nih."
'Mana boleh cakap dosa apa aku buat. Nanti Allah tak nak ampun dosa aku kalau aku hebah dosa/aib aku sendiri.'
*“Allah memanjangkan tangan-Nya pada waktu malam untuk mengampunkan pembuat dosa di waktu siang dan Allah memanjangkan tangan-Nya pada waktu siang untuk mengampunkan pembuat dosa pada waktu malam sehinggalah terbit matahari dari barat” 
Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim.
 
"Dosa tuh besaq ka sikit?" kawan aku tanya.
'Hurmm, nak kata dosa teruk, tadak aa sangat.'
"Eh? Boleh pulak letak sendiri dosa teruk ke tak teruk." Dia jugak yang tanya aku tadi. Eesh budak ni.
*gelak-gelak

'Takde laa. Aku tataw nak cakap dosa besaq ke tak. Tapi aku tau apa yang aku buat salah. Dan kalau aku tau salah, maka dosa.' Laju aku menjawab soalan kawan aku.
 
"Hurm, kalau dah rasa berdosa, dah sedar hang buat salah. Bagus lah. Sekurangnya, hang sedar. Balik lah pada Allah. Banyak-banyak doa, mintak ampun, istighfar banyak-banyak. Manusia mana ada yang lepas dari dosa dan salah. Hang ingat balik, hang yang dulu dengan hang yang sekarang mana lebih bahagia? Hang tak bahagia ke dengan cara hidup hang sekarang? Hang nak dapat hidayah Allah ni, hang rasa susah ke senang? Untuk hang jadi hang yang sekarang ni, hang rasa susah ke senang?"

Lama aku diam membisu.
'Aku pun tataw nak cakap aku bahagia ke tak weh. Aku serious tataw. Memang, nak dapat hidayah Allah ni susah. Untuk aku jadi aku yang sekarang ni, lagi laa susah. Tapi untuk aku dapat benda yang aku suka tapi salah ni pun susah jugak.'

Bersama, kami ketawa untuk mengurangkan ketegangan. Lepas tuh dia diam, aku diam berganda-ganda.
Dia sambung berkata-kata.
"Aku tau. Ada masa, aku nak balik macam dulu jugak. Aku paham. Tapi aku selalu pikir, semua nih dunia ja. Sementara. Akhirat tuh yang kekal."

*pause. 
Masa silam keluar satu demi satu. 
Bersilih ganti dengan segala kuliah agama yang aku pi. 
Terngiang di telinga tazkirah kawan-kawan. 
Terbayang muka mak dan abah.
*mata berkolam.

'Aku paham. Doakan aku.'
*hang up the phone.

Terima kasih kerana ada untuk aku. Bila mana aku sendiri yang tolak hang jauh dari aku, nyata bahawa hakikatnya, hang tak pernah jauh dari aku. Dan ya, doakan aku. Aku manusia pendosa yang mana ada masa-masa tertentu, aku terjatuh dalam kenangan lama. 

Doakan aku supaya kuat iman dan tabah hati.

 

No comments:

Post a Comment