Thursday, November 21, 2013

'Nak masuk boleh?'

Assalamu'alaikum.

Islam itu lengkap. Setiap penjelasan mencakupi segala hal. Dari sebesar-besar hal sehingga sekecil-kecil hal. Contoh, minta izin sebelum masuk bilik ibu bapa. Surah An-Nur ayat 58-59.

Itu pun ada dijelaskan dalam kita al-Quran. Walhal benda itu macam 'alaaa, rilek aaa'. Dinyatakan lagi waktu bila kita harus minta izin untuk masuk ke bilik ibu bapa.

- Sebelum solat Subuh
- Waktu tengah hari
- Selepas solat Isya'.

Dan dijelaskan lagi, apabila telah baligh, maka haruslah kamu meminta izin. Hal ini tak semestinya diaplikasi untuk bilik tidur ibu bapa sahaja. Amalkan dengan bilik saudara kita dan sahabat kita.

Contoh mudah, 1 bilik di UIA terbahagi kepada 4 cubicle. Maka, cubicle itu boleh dikira bilik dan bilik adalah tempat privasi untuk seseorang. Itulah tempat persalinan, tempat santapan, tempat belajar, etc.

Walaupun kita rapat dengan room mate kita, setiap kali kita nak masuk bilik dia, minta izin terlebih dahulu. Panggil nama dia, tanya boleh ke tak kita nak masuk bilik. Kalau diberi keizinan, maka masuk. Kalau tidak, berdiri saja di luar cubicle tuh.

Contoh lah. Kita nak masuk bilik kawan, nak tanya sesuatu, nak bersembang ke apa ke. Main redah je tirai yang menjadi pintu cubicle tuh. Salam tak bagi, minta izin pun tidak. Tetiba ternampak kawan kita tengah salin baju. Tak ke malu? Kawan kita malu, kita pun malu.

Maka beringat, lepas nih kalau nak masuk bilik orang, minta izin dulu.

No comments:

Post a Comment