Saturday, November 9, 2013

Penulisan. Aku dan Fynn Jamal.

Assalamu'alaikum.

Penulisan aku memang dan sangat dipengaruhi Fynn Jamal. Aku pun sedar.
Dia idola aku. Setiap hari, aku bukak page dia. 
Baca post dia, tak kisah berunsur puisi, politik, agama atau apa saja. Semua aku hadam. 
Tak jemu baca benda yang sama berulang kali.

Itu salah satu sebab kenapa penulisan aku dah mula jadi sebijik macam dia.
Tapi kami ada beza. Cara dia dan aku lain.
Fynn Jamal bahasanya tinggi. Penulisan aku cuma bahasa kampung.
Karya Fynn Jamal ada nyawa, ada roh. Karya aku apa ada? Habuk, haha.
Gaya penulisan kami sama tapi ekspresi kami berbeza.
Fynn Jamal dengan aku macam langit dan bumi kot.
Untuk aku tag nama Fynn Jamal pun, aku segan. 
Sebab rasa macam hina sangat aku nih berbanding dengan dia. 
Tinggi dia menjulang ke langit, mana mungkin aku merendahkan dia dengan tag dia dalam post aku.

Penulisan aku dipengaruhi dia tak bermakna aku tiru dia. Fahami itu. 
Aku ni bagus, kalau aku quote orang, aku letak nama. *bajet, haha
Sastera bagi aku sangat sacred, maka aku takkan main kotor dengan ambil karya orang dan julang sebagai penulisan aku.
Tak macam setengah orang yang copy paste then buat macam dia sendiri yang tulis.
Keji.

Oh ya, gaya aku macam teruk kan bila penulisan aku terlampau mengagumi Fynn Jamal? 
Bahasa mudahnya cuma aku kagum dengan dia, dan aku segan nak tag nama dia. 
Penulisan aku memang hiperbola, tapi jangan ambil literal sangat. Tuh bangang namanya. 
Satgi ada yang komen 'Allah kan ada. Allah pandang makhluk dia semua sama.'
Oh God. *tepuk dahi
Bak kata Fynn Jamal, 'Grow some funny bone please.'

Aku pernah juga cakap hal ini pada Fynn Jamal.
Meminta maaf untuk setiap penulisan yang sama rupa--
Memohon halal setiap penulisan aku yang sama ekspresi--
Dan Fynn Jamal, dengan murah dan rendah hati--
Menghalalkan semua tanpa berkira walau satu perkataan
Malah menggalakkan aku menulis dan berdakwah.

Semoga segala penulisan aku--
Yang mirip gaya penulisan Fynn Jamal.
Dilimpahkan rahmat  Allah ke atas Fynn Jamal.

Insan yang mendidik aku--
Bagaimana untuk menulis menggunakan jiwa.
Bagaimana untuk menulis yang mampu membuat orang tersenyum.
Penulisan bagaimana yang mampu membunuh orang.
Penulisan bagaimana yang mampu menjentik rasa ke dalam hati orang.

Semoga segala penulisan aku--
Sama ada saja-saja puisi atau berkaitan dakwah
Dirahmati dan diredhai Allah.

Dan semoga Allah merahmati dan melindungi Fynn Jamal dan keluarganya
Semoga Allah memberi kekutan pada Fynn Jamal untuk terus berkarya
Kerana setiap satu karya Fynn Jamal--
Menjentik aku untuk berlari ke pangkuan Tuhan aku.

No comments:

Post a Comment