Sunday, June 23, 2013

Taubat. Sempatkah Kita?

Assalamu'alaikum..




Log in sahaja ke Facebook, aku dilanda kejutan. Membaca perkhabaran pelajar Malaysia meninggal dalam kemalangan jalan raya di Jordan. Ya Allah, sebak hati tiada terkira.

Arwah Sumaiyah Romli, merupakan sahabat pada adik aku. Dan setiap sahabat adik aku bagaikan adik aku sendiri. Berita menyatakan mereka maut apabila kenderaaan yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung ketika dalam perjalanan ke Aqabah.

Cukup setakat itu cerita aku. Untuk lebih terpeinci, mungkin boleh Google sendiri. Arwah Sumaiyah seorang yang hebat, Lihat saja pada kursus arwah, astro fizik. Dia serba bagus. Baik budi bicara, tinggi ilmu dunia dan tak pernah lelah dalam mencari ilmu akhirat. Walau aku jumpa dia baru beberapa kali, tapi rasa seolah dah lama berkenalan. Peramah orangnya.

Kematian dia hadir dalam keadaan yang tak dapat dijangka. Bila mana percutian yang dirancang sepatutnya membawa bahagia, ia memberi perkhabaran duka. Menurut berita lagi, arwah masih hidup ketika sampai di hospital dan sempat mengucap kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir. *sebak

Alhamdulillah, arwah pergi menghadap pencipta-Nya dalam keadaan yang tenang dan aman. Itu dia. Kita bagaimana? Apa kita punya masa untuk mengucap kalimah syahadah bila ajal kita sudah sampai? 

Orang selalu takut bila naik kereta dengan aku kerana pemanduan aku yang laju. Dan aku dengan bangga akan berkata 'Laa, rilek laa. Have trust in me.' Siapa aku untuk menjamin bahawa nyawa aku dan nyawa mereka yang menaiki kereta dengan aku akan selamat? Angkuhnya aku hingga berkata begitu sedangkan aku lupa bahawa sekali Allah berkata 'Kun fayakun' maka jadilah ia.

Arwah masih muda, baru berusia 21 tahun. Kita selalu punya tanggapan 
'Nanti laa aku solat' 
'Dah kahwin annti aku pakai tudung'
'Rilek, aku muda lagi. Dah tua nanti aku taubat laa'

Aku berusia 23 tahun pada 2013. Dan arwah Sumaiyah berusia 21 tahun ketika meninggal. Apa yang menjanjikan kita esok bukan ajal kita? Siapa kita untuk berkata bahawa kita masih punya masa? Dan kalau esok adalah hari kita pergi menghadap Illahi, cukupkah amalan kita?

Hati aku gentar. Mari kita muhasabah diri kita sendiri.


Semoga Allah merahmati arwah Sumaiyah, menempatkan arwah di Jannah, di kalangan orang yang beriman. Kita akan kembali berkumpul suatu hari nanti, dan semoga di Jannah kita berjumpa, insya Allah. Allahummaghfirlahum.


Sedikit petikan kata dari sahabat arwah Sumaiyah yang diambil dari Facebook

-------------------------------------------------------------------------------------------

"Just started watching Omar the Series and was eagerly waiting for this episode — where Sumayyah's killed, a spear driven through her private part.

Thus, becoming the first martyr in Islam.

When I was a kid, I thought my name was uniquely weird. I knew how my parents came about naming me 'Sumaiyah', who was the real 'Sumaiyah' behind the name but, no, I still thought it's weird. Back then, this name was considered quite rare tho and I even felt embarrassed with it, sometimes, really. However, as I grew older and learnt more about her, how her faith was just on "God is One, there is no God but Allah and Muhammad is His Messenger" — nothing but that. And then the song Sumayyah by Hijjaz came out and the lyric is just so good (I cry listening to it sometimes):

Sumayyah kau dibunuh di dunia sementara
Untuk hidup di syurga yang selama-lamanya
Kau lah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah

"O' family of Yasir! Be patient and remain steadfast, for undoubtedly Paradise is your abode." The prophet (peace be upon him) used to say this to Sumayyah and her family while they were being tortured.

I constantly ask myself, "Sumayyah was a great woman in Islam. ARE YOU? Are you, Sumaiyah, living up to the standard of your name? She chose Paradise and in Paradise she will be. How about you? Are you close enough to it?"

May Allah grant me strength, steadfastness and syahid like Sumayyah.
May Allah gather us all in His Jannah.

P/s: Wrote this post while listening to Hijjaz's Sumayyah. Can I be any cooler?" 

Ni status sahabat bertarikh 30 June lepas.
Namanya Sumaiyah Romli. 

Sahabat baik masa sekolah menengah.
Kali terakhir jumpa masa PUISI 2012 dan kemudian melawatnya di London masa winter tahun lepas.

Cita-citanya dalam bidang Astronomer.
Cita-citanya mahu jadi seperti Sumaiyah, yang syahid kerana mengesakan Allah.

Hari ini dapat berita dia meninggal dunia. 
Kemalangan masa jaulah di Jordan.

Tolong sedekahkan Al-Fatihah boleh? Semoga Allah letakkan arwah di kalangan mereka yang beriman. Semoga syurga untuk dia. 
Inna lillahi wainna ilaihi rajiun.

No comments:

Post a Comment