Tuesday, July 16, 2013

Tudung labuh, baju longgar dan ilmu.

Assalamu'alaikum..

First of all, ingin aku terangkan yang post ini bukan mahu membuka aib, mahu menghina, melemahkan semangat atau apa. Cuma pada pendapat aku, setiap apa yang terjadi, insya Allah, ada iktibar di sebaliknya. Semoga kita yang membaca memperoleh pengajaran.

Few days ago, my friend and I have a misunderstanding. Like total misunderstanding. I was giving her some encouragement and a piece of advice when suddenly she said that my piece of advice was underestimating her. Katanya dia tidak punya ilmu agama yang dalam untuk berbahas dengan aku, namun dia harapkan aku dapat memberi semangat pada dia, bukan melemahkan semangat dia.

Shocked. Stunned. 
Aku? Banyak ilmu agama?

Yes. I am a student of International Islamic University Malaysia. Islamic. Note the word. By being a student of an Islamic university doesn't qualify me to be said as having 'banyak ilmu agama.'

Mungkin kawan aku melihat pada penampilan aku. Berbaju longgar dan labuh, tudung aku pun sudah mula di labuhkan mencecah pinggang aku, post di Facebook dan blog aku seems to be full of Islamic values, share aku di Facebook sentiasa menegnai hadis, maka di anggap aku punya banyak ilmu.

Maka, aku jelaskan. Ya, aku berminat dengan ilmu hadis dan aku tahu serba sedikit. Bagaimana aku tahu? Ilmu harus dicari, bukan di tunggu. Aku punya sahabat maya yang belajar di Mesir, yang memang dikurniakan Allah akan kehebatan dalam bidang hadis. Maka aku belajar dari dia. Sahabat maya aku ada menulis buku, boleh download percuma. Aku download dan aku baca. Buku yang ditulis sarat dengan hadis dan penjelasan. Allah kurniakan aku ingatan, maka aku ingat serba sedikit hukum hakam. Dan aku sebarkan. Cuma itu.

Alhamdulillah juga, menjadi penuntut ilmu di sebuah Universitit Islam memang banyak manfaat. Kuliah agama tak pernah putus. Hingga ada masa, aku sampai jadi keliru hendak ke kuliah yang mana satu bila ada percanggahan waktu. Terlampau bermanfaat dan terlampau berharga untuk dilepaskan peluang ke kuliah tersebut. Setiap kali ke kuliah agama, sebuah buku dan sebatang pen tak pernah di tinggalkan. Aku catat apa aku dengar. Dan bila kelapangan, aku membaca nota itu. Dari situ aku mendapat ilmu.

Baju labuh dan longgar yang aku pakai. Mahupun tudung aku yang mula labuh, bukan kayu ukur untuk menilai ilmu aku. Dan aku mengerti konsep first impression. Bila nampak orang pakai tudung labuh, pakai baju yang boleh muat 2 orang, maka automatik dianggap banyak ilmu. Atas sebab itu, aku berusaha memenuhi first impression itu. Supaya aku tidak memalukan orang lain yang berpakaian sama seperti aku. Aku cuma sedang dalam proses untuk menjadi Mukminah. Mahu menghambakan diri pada Allah. 

Jangan nilai ilmu aku pada setiap post blog aku, pada setiap post di Facebook aku mahupun pada cara aku berpakaian. Risau aku kalau aku tak menepati jangkaan orang, maka mereka akan kecewa. Aku insan biasa yang pernah bergelumang dengan dosa. Dan aku sedang berusaha untuk berubah.

Dan Alhamdulillah, salah faham antara aku dan sahabat aku berjaya diselesaikan. Semoga Allah meredhai persahabatan kami. Dan semoga kami mampu ke syurga Allah bersama.

No comments:

Post a Comment