Saturday, May 11, 2013

Happy Mother Day

Assalamu'alaikum...


Selamat Hari Ibu pada semua ibu di dunia  :)




Asal usul Mother Day menurut Wikipedia adalah :

            "One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”


            Maksudnya di sini ialah.. bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

            Asal perayaan Hari Ibu merupakan perayaan yang meraikan Tuhan Ibu atau Ibu Dewi yang dipercayai merupakan tuhan kepada beberapa bangsa-bangsa kuno terdahulu seperti, bangsa Rom Kuno dan Yunani purba. Dewasa ini, perayaan sekali setahun ini, telah berevolusi menjadi suatu perayaan yang meraikan ibu-ibu yang melahirkan kita kedunia. Terdapat banyak tokoh pencetus kepada “Hari Ibu Moden” seperti  Julia Ward Howe yang merupakan negarawati Amerika yang terkemuka yang juga merupakan sosialis dan komposer kepada beberapa syair-syair serta bahan penulisan di Amerika. Beliau menjadikan 8 Mac sebagai Hari Ibu bagi menghargai kaum Ibu yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi dunia.

            Okay, sekarang kita tahu bagaimana Hari Ibu bermula walaupun kesahihan cerita ini belum tentu. Hari Ibu mula diraikan pada setiap tahun di pelbagai orang oleh setiap lapisan umur. Termasuk kita yang beragama Islam. Namun, ada isu yang muncul, bolehkan kita orang Islam menyambut Hari Ibu? Hal ini kerana timbul keraguan yang berdasarkan dari sejarah Hari Ibu sendiri.

Bertanya saya pada sahabat saya. Katanya, ada 2 pendapat major dalam hal ini iaitu 

  • pendapat yang mengharamkan sambutan Hari Ibu
  • pendapat yang membolehkan sambutan Hari Ibu


Sebelum mengulasa lebih lanjut, ingin saya kongsikan maksud kepada beberapa term yang mungkin kita kurang jelas.


Ibn Manzur Rahimahullah :
بدع الشيءَ يَبدَعُه بَدعا، وابتدعهُ: أنشأه وبدأه.
Telah membuat sesuatu bid‘ah, sedang membuatnya dan bad‘an (masdar/ kata terbitan) bererti mengadakan dan memulakan. (Rujuk: Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, jld. 8, m.s. 6.) 

Definisi mengikut pendapat Imam Shafie'


“Bid‘ah itu dua jenis (al-bid‘atu bid`atân)”.

“Bid‘ah yang dipuji (bid‘ah mahmûdah) dan bid‘ah yang dikeji (bid‘ah mazmûmah).Apa yang selari dengan Sunnah itu dipuji (mahmûdah) dan apa yang bertentangan itu dikeji (mazmûmah).

Maknanya mudah, bid'ah ini adalah satu perkara yang direka. Ia kelihatan baik dan berada di jalan Allah, walhal ia tidak. Contoh nya : pengkhususan membaca surah Yasin di malam Jumaat.

Setelah berbincang lanjut dengan sahabat saya dan setelah membuat kajian mengenai fatwa beberapa ulama' lain, ini yang dapat saya kongsikan :


  • Dr Muhammad Bakar Ismail, Professor Tafsir dan Ilmu-ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar al-Syarif memberikan pandangan seperti berikut:

    “Hari ini dimana ibu dimuliakan dan dinamakan dengan Hari Ibu adalah daripada bid’ah-bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat. Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan dan ihsan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini. Manakala jika adat ini lahir daripada perkara yang sebaliknya, dan melakukannya juga melibatkan perkara-perkara yang buruk dan dilarang oleh Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.”

  •  Dr ‘Abdul Fattah Asyur, seorang lagi ulama’ al-Azhar memberikan pendapat seperti berikut:

    Bahawa merayakan beberapa hari yang padanya dimuliakan manusia atau menghidupkan ingatan-ingatan yang baik, maka tidak seorang pun mengatakan bahawa program ini adalah perayaan agama atau sebahagian daripada perayaan-perayaan Muslimin. Tetapi ia adalah peluang untuk menunjukkan syiar perasaan yang baik terhadap orang-orang yang berbudi kepada kita dan diantaranya ialah apa yang dikenali sebagai Hari Ibu. Sesungguhnya bagi ibu kedudukan yang khusus dalam Islam dan juga dalam setiap agama lain. Maka ibu wajib dimuliakan dan dirayakan.

  • Abu Khaleel Muhammad, sahabat saya sendiri,  memberi contoh yang sangat mudah untuk saya fahami.                               Dalam sambutan Hari Ibu, tidak ada pengkhususan seperti Hari Raya. Contohnya, Hari Raya ada mandi sunat, solat hari raya, tapi dalam sambutan Hari Ibu tiada. Sambutan Hari Ibu selalunya sekadar makan malam dan memberi hadiah. Maka, ia masih lagi megikut syari'at agama Islam. Dan ia dibolehkan. Namun harus di ingati, Islam menganjurkan kita menyayangi kedua ibu bapa kita setiap hari, bukan hanya spesifik pada Hari Ibu sahaja.
Terpulang pada diri masing-masing bagaimana untuk menerima pendapat saya. Yang penting, kita sayang ibu bapa kita sentiasa. Semoga bermanfaat pada yang membaca.  :)


-Shah Sahaja-

No comments:

Post a Comment